SASARANKU@AZAMKU 2009

>> Thursday, January 29, 2009




ALLAHAMDULILAH.....SYUKUR KEATAS NYA ,mendapat kesedaraan dari terlena (mimpi kot) menjaga kesihataan.selama 10 tahun kwn meninggalkan arena sukan@aktiviti riadah.sibuk keje duit aje,mcm maner pun kita kalah duit ade 4 kaki kita ade 2 kaki.Kwn tidak menjangka naik berat badan sampai 120kg.Dugaan paling teruk duduk kat medan makan.sekarang kwn tinggalkan kerjayA sebagai tukang masak sambilan.hehehehe x kisah



MASA DI AMPANG:BERSAMA HERMAN


ketika tu berat badan 220kg PEGANG 66CM


sekarang 150 kg pegang 48cm.Ade lagi 70 kg aku kene usaha lagi


ISYALLAH......AMIN...


(aktiviti sekarang sibuk ckit lah.bersukan bayak,kursus dan training kecergasaan)


swiming,gym&silt
NOT THIS TIME 4 ..,..,..,...,FOCUS my target 1st WT NOW


hidup ini harus happy€,jangan happy sgt pun x boleh.'senyum itu sedekah "


--------------------------------------------------------------------------------
Menakjubkan! Turun 286 kg (ORG cina ckp 286 senang cari makan)sebab tu x ingat badan dah besar (hati senang)heheh

BERBADAN seberat 286 kilogram (kg), David Smith diberi tempoh empat bulan untuk hidup.
Hampa dan malu dengan nasib dirinya, Smith adalah lelaki malang yang terpenjara dalam rasa rendah diri sehingga dia terpaksa berkurung di dalam rumah hampir sepanjang hari.
“Saya tidak akan keluar rumah sebelum hari gelap,” katanya menceritakan pengalamannya satu masa dulu.
Keadaan fizikal Smith - dianggarkan sama beratnya dengan seekor beruang perang - menjadi kronik disebabkan ketagihannya kepada makanan ringan dan tinggi lemak.
Setiap hari, menu pilihannya adalah pizza, burger, cokelat dan makanan ringan disulam minuman bergas.
Di luar rumah, Smith yang ketika itu berusia 26 tahun tidak dipedulikan kecuali untuk menjadi bahan tertawa kawan dan dibuli.
Digelar sebagai ‘lelaki gajah’, tidak mengejutkan jika tiada wanita mahu mendekatinya.
Pernah satu ketika, katanya, dia terfikir untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan ejekan serta keadaan fizikalnya.
Namun, keadaan berubah selepas Smith, 31, bertemu dengan jurulatih kecergasan yang juga juruhebah radio, Chris Powell.
“Saya sedar bersimpati pada diri sendiri dan bersedih tidak mengubah nasib saya,” katanya.
Untuk mengubah keadaan, Smith terpaksa melalui proses latihan panjang dan menjerihkan - membakar kalori bersarang dalam tubuhnya dengan riadah di dalam gimnasium.
Apabila keadaan mengizinkan, setiap hari Smith berjoging untuk jarak yang jauh dan rutin itu berterusan sehingga 26 bulan.
Menu hariannya juga bertukar sama sekali daripada makanan ringan dan manis kepada makanan berkhasiat, seperti pasta dan salad.
Melalui kaedah latihan intensif, berat badan Smith menurun kepada 102 kg.
Menceritakan detik awal perubahan hidupnya, Smith berkata, kali pertama dia mahu memulakan latihan itu adalah pengalaman buruk.
“Saya tidak mempunyai keyakinan diri tetapi Powell memberi galakan supaya saya berusaha mengubah keadaan,” katanya.
Tempoh beberapa bulan pertama, kata Smith, memang menyeksakan.
Katanya, Powell meyakinkannya bahawa berlaku penyusutan berat badan.
Bagaimanapun, kata Smith, dia tidak yakin kerana apabila memandang cermin, keadaan dirasakan sebaliknya.
“Memulakan latihan sangat sukar kerana untuk berjalan sejauh 1.5 meter pun saya bertungkus-lumus untuk bernafas,” katanya.
Sedikit demi sedikit, keadaan bertambah baik dan berat badannya menurun.
Keadaan itu belum cukup menyelesaikan masalah.
Lebihan kulit akibat kegemukan bertahun-tahun menjadikan fizikal Smith kekal hodoh.
Untuk mengatasi masalah itu, Smith terpaksa menjalani pembedahan membuang lebihan itu sebanyak empat kali dalam tempoh setahun di sebuah hospital pakar di Phoenix, Arizona.
Dia juga melalui proses pembedahan laser pada mata dan membetulkan giginya yang rosak akibat terlalu banyak mengambil makanan bergula.
Selepas melalui proses itu, Smith tampil sebagai manusia baru yang bersemangat tinggi.
Malah, dia kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan dan gigih memberi pendidikan kepada golongan muda untuk menjaga kesihatan. Pada masa sama, hidupnya tidak lagi kesepian.
“Kini saya adalah Smith yang baru, sama ada secara fizikal atau mental.
“Saya juga ada teman wanita,” katanya.
Sementara itu, Powell berkata, dia sendiri tidak pasti bagaimana hasil rutin latihan disediakannya untuk Smith.
“Saya tidak pasti bagaimana keadaan seseorang mempunyai berat sehingga lebih 200 kilogram,” katanya.
Ketika bertemu pertama kali, kata Powell, Smith tidak mahu bertentang mata dengannya kerana malu dan kecewa.
“Jiwanya seolah-olah mati, tetapi kini dia tampil sebagai lelaki bersemangat dan mampu memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
--------------------------------------------------------------------------------Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad







SASARAN KU 2010 80KG -90KG akan ku kecapi berkat doa@sokongan keluarga,kwn2 ISYALLAH atas keizinanNYA, "PASTI AKU BOLEH"DIA boleh ta'kan aku x boleh kan.......................ade kate 2 yang kwn sebagai moto"ALANG2 MELANGKAH BERUDUR JANGAN"kwn2 baru tanye kenapa org panggil kwn DONALD sebab, kwn dulu active dlam muzik.suke main trompet,horn &trombone band BOYS KATE KAN,cikgu RAJA NAHAR yg bagi gelaran mase kwn di form 1 lagi.cikgu2 satu sekolah panggil kwn donald cakap helmi x kenal heheheh sampai skrg.tapi kwn suka pade nama kwn sebenarHELMI HARRIS bin AHMAD .AKU TETAP AKU hanya aku yang TAHU(mcm tajuk lagu pulak)hehehe.


ok lah byk yang kwn merepek dah nie. GAMBAR YG LATEST X ADE LAGI maybe next time AMIN........
12/2/2009

0 ulasan: